Sunday, March 21, 2010

Coklat Bear utk baby Soleha


Tempahan dari Pn Siti Hajar di Sg Michu, Hulu Langat. Order ni untuk anaknya, baby Soleha yg saaangat montel berumur 1 thn 8 bln.
Terima kasih daun keladi yer..;>)

Thursday, March 11, 2010

Pau yang putih gebu

Inilah rupanya pau ayam yang putih gebu tu..
First time buat pau, seronok bila menjadi..


Yang dalam kukus pun nak posing jugak.. ;-)

hmmmm..sedapnyer
Resepi pau yang sedap ni dapat dari Jasmeen Fotopages. Meen, tq for sharing..
Lepas ni nak try inti kacang merah pulak :>)
Selamat mencuba.


Wednesday, March 10, 2010

Doa selepas solat sunat Dhuha

~Buat teman2 ,jom kita share ilmu sikit
sekadar buat renungan bersama:-)

Petikan dari buku Asas-asas Fardu Ain-oleh Ustaz Sulaiman Endut




Doa yang dibaca setelah selesai sembahyang Dhuha:
Maksudnya;


Ya Allah,
bahawasanya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu,
kecantikan itu kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu,
kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan
perlindungan itu perlindungan-Mu.
Ya Allah,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha-Mu, keagungan-Mu,
keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.
Amin.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

Sesiapa yang mengerjakan sembahyang Dhuha, akan diampuni dosanya
oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan.


Renung-renungkan dan selamat beramal..;-)



Muffin versi cheha



Sebenarnya, ini first time saya buat muffin.Baca resepi macam senang,so trylah buat utk anak2 minum petang.
Inilah hasilnya...muffin coklat versi cheha. Sedapppp...


Tapikan..kenapa lak tak merekah muffin ni heh??

Walaupun tak merekah, anak2 laju je..makan panas2

Nampak gayanyer..kena masuk kelas muffin gak lepas ni..hehehe.
Don't worry ,sifu2 muffin ramai...kat luar tu.